SYUKUR SABAH FASA 3 2025: SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM900 (RM300/sebulan)
SYUKUR Sabah (syukur.sabah.gov.my) adalah program bantuan yang diperkenalkan untuk membantu golongan memerlukan di Sabah, khususnya dalam memenuhi keperluan asas seperti makanan.
Semakan kelayakan menerima bantuan SYUKUR Sabah boleh disemak melalui
Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan penerima, memastikan mereka menikmati kehidupan lebih selesa, serta mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri ini.
Sebagai usaha prihatin kerajaan, artikel ini akan menerangkan proses permohonan, syarat kelayakan, dan cara menyemak status pembayaran bagi mereka yang layak menerima bantuan SYUKUR Sabah 2025.
BACA JUGA: PADANS – Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah
Pengenalan SYUKUR Sabah
SYUKUR Sabah atau Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah merupakan satu inisiatif kebajikan yang diperkenalkan sebagai tanda keprihatinan dan kasih kerajaan kepada rakyat, khususnya bagi membantu golongan yang memerlukan di negeri ini.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan penerima dalam memenuhi keperluan asas, terutamanya makanan, agar mereka tidak terbeban dalam menjalani kehidupan seharian.

Selain itu, SYUKUR Sabah juga berperanan dalam menyokong golongan kurang berkemampuan supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih wajar dan selesa.
Usaha ini bukan sahaja membantu individu yang berada dalam kesusahan, malah turut menyumbang kepada pengurangan kadar kemiskinan tegar di Sabah dengan menyediakan bantuan yang bersasar dan berkesan.
Dengan pelaksanaan program ini, kerajaan berharap dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan negara.
Tujuan utama perlaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah;
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada rakyat.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan penerima bantuan SYUKUR SABAH 2025 (Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah):
Syarat Kelayakan Utama
- Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024
- Warganegara Malaysia
- Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah).
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
- Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah sehingga 31 Disember 2024. (Untuk yang belum ada data atau belum mendaftar, pendaftaran perlu dilakukan di Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.)
Tambahan Kriteria
- Bukti kediaman seperti bil utiliti, penyata bank atau surat pengesahan ketua kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
Garis Pendapatan Kemiskinan
Garis Pendapatan Kemiskinan untuk program SYUKUR Sabah 2025 adalah seperti berikut:
- Miskin Tegar: Pendapatan isi rumah di bawah RM1,218 sebulan
- Miskin: Pendapatan isi rumah di bawah RM2,742 sebulan
Jika pendapatan isi rumah anda berada pada atau di bawah salah satu paras ini, anda layak untuk dipertimbangkan sebagai penerima Bantuan SYUKUR Sabah 2025, selagi memenuhi syarat utama yang lain seperti berdaftar dalam sistem eKasih atau PADANS sehingga 31 Disember 2024 dan bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya satu tahun.
Tarikh Bayaran SYUKUR Sabah
Bantuan SYUKUR Sabah 2025 akan diagihkan secara berperingkat mengikut fasa bermula 19 Februari 2025. Berikut adalah jadual lengkap fasa pembayaran bantuan sepanjang tahun ini:
| Fasa | Pengagihan |
|---|---|
| Fasa 1 (Januari – Mac 2025) |
Diagihkan bermula Februari 2025 |
| Fasa 2 (April – Jun 2025) |
Diagihkan bermula April 2025 |
| Fasa 3 (Julai – September 2025) |
Diagihkan bermula September 2025 |
| Fasa 4 (Oktober – Disember 2025) |
Diagihkan pada Oktober 2025 |
Rujuk jadual di bawah untuk mengetahui jadual pembayaran SYUKUR Sabah 2025 dengan lebih terperinci:


SYUKUR Sabah Fasa 3
Fasa 3 merangkumi bulan Julai hingga September 2025, di mana pembayaran bantuan tunai sebanyak RM900 (RM300 sebulan untuk 3 bulan) dijadualkan bermula pada Ogos atau September 2025.
Tarikh sebenar akan dikemaskini kelak setelah pengumuman rasmi.
Pembayaran dalam Fasa 3 akan dilakukan kepada penerima yang layak sama ada melalui kredit terus ke dalam akaun bank masing-masing atau secara tunai bagi mereka yang tiada akaun bank.
Pembayaran Fasa 3 SYUKUR Sabah 2025
Secara ringkas, jadual fasa pembayaran SYUKUR Sabah 2025 adalah seperti berikut:
| Fasa | Tempoh Bulan | Tarikh Agihan | Jumlah Bantuan |
|---|---|---|---|
| Fasa 1 | Januari – Mac | Bermula 19 Februari | RM900 (3 bulan) |
| Fasa 2 | April – Jun | Bermula April | RM900 (3 bulan) |
| Fasa 3 | Julai – September | Bermula Ogos/September | RM900 (3 bulan) |
| Fasa 4 | Oktober – Disember | Bermula Oktober | RM900 (3 bulan) |
Julai RM300 + Ogos RM300 + September RM300 = RM900 sekaligus setiap seorang.
Jika anda penerima bantuan SYUKUR dan sudah mendaftar serta tersenarai dalam sistem eKasih atau PADANS, pastikan anda sentiasa memeriksa status pembayaran melalui portal rasmi SYUKUR Sabah untuk maklumat terkini mengenai tarikh dan kaedah pembayaran Fasa 3 ini.
Kaedah Pembayaran Bantuan
Bantuan akan disalurkan melalui kaedah seperti berikut:
- Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
- Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
- Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO
Apa itu e-Wallet YONO?


e-Wallet YONO (yono.my) ialah aplikasi dompet digital yang dibangunkan oleh Sabah Credit Corporation untuk rakyat Sabah.
YONO bermaksud “You Only Need One” dan merupakan superapp generasi baru yang menggabungkan pelbagai perkhidmatan kewangan di dalam satu aplikasi, termasuk:
- Fungsi dompet digital (YONOPay) untuk pembayaran di kedai fizikal (imbas kod QR), pembelian dalam aplikasi, pembayaran bil, tambah nilai prabayar, serta pemindahan dan penerimaan wang sesama pengguna YONO.
- Saiz maksimum dompet sehingga RM10,000.
- Produk kewangan lain seperti pinjaman segera, pelaburan unit amanah, dan insurans.
- Proses permohonan pinjaman sangat mudah dan pantas, kelulusan dalam 1 minit, dengan kadar faedah kompetitif serendah 1%.
- Dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, dengan ciri keselamatan seperti PIN, biometrik dan penyulitan data.
YONO boleh dimuat turun secara percuma di Google Play dan App Store, dan ditawarkan khas untuk pengguna di Sabah sebagai platform utama urusan pembayaran digital dan perkhidmatan kewangan.
Baca juga: SUKUR Sabah – Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025
Cara Memohon SYUKUR Sabah 2025
Permohonan melalui Pejabat Daerah/ UPPM telah ditutup pada 31 Januari 2025.
Bagi permohonan yang telah dibuat melalui Pejabat Daerah/UPPM, pemohon boleh mengemas kini maklumat di dalam Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) melalui pautan berikut:
- Log masuk ke dalam akaun PADANS melalui pautan berikut :
- Untuk membuat pendaftaran Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025, anda boleh klik pada line tiga bar di atas bahagian kanan dan pilih “Borang Permohonan”.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap terutamanya yang bertanda (*). Empat bahagian yang perlu diisi lengkap adalah seperti berikut:
- Ketua Isi Rumah
- Ahli Isi Rumah
- Indikator
- Pengesahan
- Anda akan menerima notifikasi dan pengesahan maklumat peribadi yang telah selesai dihantar.
NOTA: Bagi penerima dari senarai tercicir (bukan eKasih) dan disahkan lulus, pembayaran akan bermula pada Fasa 2 (Mei 2025). Penerima akan menerima bayaran pada Fasa 2 sebanyak RM900 diikuti dengan bayaran RM900 bagi Fasa 3 dan RM900 bagi Fasa 4. Ini bermaksud tiada tunggakan agihan dibuat untuk Fasa 1.
Panduan Bergambar Permohonan SYUKUR Sabah 2025


































Cara Semak Kelayakan SYUKUR Sabah
Semakan status kelayakan SYUKUR Sabah 2025 boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Semakan Online Portal Rasmi
- Layari portal SYUKUR Sabah:
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda.
- Klik butang “Semak”.
- Status kelayakan akan dipaparkan sama ada “Layak”, “Tidak Layak”, atau “Dalam Semakan”.




2. Semakan Melalui PADANS Sabah
- Layari portal PADANS Sabah di pautan berikut:
- Klik menu “Semakan Permohonan”.
- Masukkan Nombor MyKad tanpa sengkang (-).
- Klik “Semak” untuk paparan status kelayakan.
3. Aplikasi YONO SuperApp
Muat turun aplikasi YONO dari Google Play atau App Store, log masuk dan semak status kelayakan melalui modul Bantuan.
Muat turun aplikasi YONO :
Jika Tidak Tersenarai:
- Anda perlu kemaskini atau daftar maklumat terkini di PADANS/eKasih.
- Boleh berkunjung ke Pejabat Daerah atau pusat bantuan untuk pendaftaran manual.
- Sediakan dokumen sokongan seperti kad pengenalan, bil utiliti, atau surat pengesahan ketua kampung.
Muat Turun PDF (FAQ)
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SYUKUR Sabah 2025 ini, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) melalui laman web rasmi PADANS.












Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang soalan atau anda ingin mendapatkan info terkini berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini anda boleh rujuk pada :
- Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: [ Talian Telefon: 088 338 338 atau Talian Whatsapp : 010 – 5828207];
- Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah:
- Laman web rasmi SYUKUR Sabah : syukur.sabah.gov.my
Soalan Lazim SYUKUR Sabah
Permohonan dibuat secara online melalui portal PADANS Sabah di padans.sabah.gov.my atau melalui pejabat daerah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM). Sediakan dokumen sokongan seperti MyKad, bukti pendapatan, dan surat pengesahan.
Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi SYUKUR di syukur.sabah.gov.my atau PADANS di padans.sabah.gov.my dengan menggunakan nombor kad pengenalan.
Pembayaran dilakukan secara kredit terus ke akaun bank yang didaftarkan, pembayaran tunai bagi mereka tanpa akaun bank, atau melalui e-wallet YONO yang disediakan oleh kerajaan negeri Sabah.
Pembayaran diagihkan mengikut fasa:
Fasa 1 (Jan – Mac) bermula Februari 2025
Fasa 2 (Apr – Jun) bermula April 2025
Fasa 3 (Jul – Sept) bermula Ogos 2025
Fasa 4 (Okt – Dis) bermula Oktober 2025
Individu boleh menghubungi pejabat daerah, ketua kampung, atau saluran hotline rasmi untuk membuat rayuan dan pendaftaran semula.
Bayaran SYUKUR Sabah bagi Fasa 3 dijadualkan bermula pada bulan September 2025. Ia merangkumi pembayaran bantuan tunai sebanyak RM900 yang melibatkan tiga bulan, iaitu Julai hingga September 2025.
Jika anda tidak menerima bayaran SYUKUR Sabah bagi Fasa 1 dan Fasa 2, masih ada peluang untuk mendapat bayaran pada Fasa 3, asalkan anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dan tersenarai dalam data penerima menjelang Fasa 3.
Penerima yang termasuk dalam senarai bukan eKasih (yang mungkin tertinggal pada fasa awal) tetapi telah disahkan layak akan mula menerima bayaran bermula dari Fasa 2, dan seterusnya pada Fasa 3 dan Fasa 4. Ini bermakna tiada bayaran atau tunggakan akan diberikan untuk Fasa 1, tetapi mereka masih boleh menerima bantuan pada fasa berikutnya jika layak.
Ya, anda boleh memilih untuk menerima bantuan melalui akaun bank, tunai, atau e-wallet (YONO Superapp).
law
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru