Sambutan Hari Kebangsaan 2025 – Aturcara & Aktiviti


Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Kebangsaan bakal tiba tidak lama lagi. Maklumat lanjut mengenai sambutan kemerdekaan ini boleh dirujuk melalui portal Merdeka 360 di pautan berikut:

Setiap rakyat Malaysia pasti ternanti-nanti detik bersejarah untuk bersama-sama meraikan Hari Kemerdekaan negara yang ke-68 pada 31 Ogos 2025 nanti.

Sambutan setiap tahun disii dengan pelbagai program dan aktiviti menarik untuk semua golongan dan peringkat umur bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Sambutan Hari Kebangsaan 2025 / Hari Kemerdekaan negara yang ke-68 tahun untuk panduan semua.

Apa Itu Sambutan Hari Kebangsaan 2025?

Sambutan Hari Kebangsaan merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memperingati sejarah serta pencapaian Negara sejak kemerdekaannya dan pembentukan Malaysia.

Pelbagai aktiviti kenegaraan turut diadakan bagi meningkatkan semangat kebangsaan serta menggalakkan semangat patriotism dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sambutan ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan identiti kebangsaan Malaysia untuk menghargai kepelbagaian budaya, agama dan etnik yang menjadi kebanggaan negara.

Sambutan bulan kebangsaan dimulakan dengan penganjuran acara berikut:

  • Sambutan Hari Malaysia 2025 akan diraikan di Pulau Pinang pada 16 September 2025
  • Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 pada 27 Julai 2025 di Johor
  • Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2025 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya

Jom kita ramai-ramai hadir memeriahkan lagi serta sama-sama merasai sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-68.

Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025

Tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 ialah “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”

Tema ini diangkat untuk menggambarkan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam memelihara kebajikan rakyat berlandaskan prinsip MADANI yang merangkumi nilai kemanusiaan, keadilan dan perpaduan.

“Rakyat Disantuni” mengingatkan bahawa pembangunan dan kemajuan negara harus dinikmati oleh semua lapisan masyarakat secara saksama.

Sambutan Hari Kemerdekaan
Penjelasan Tema Hari Kebangsaan

Tema ini juga menggambarkan aspirasi untuk memastikan rakyat tidak terpinggir daripada arus pembangunan negara, malah disantuni agar suara dan keperluan mereka diutamakan.

Enam nilai teras Malaysia MADANI; kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, dan ihsan turut menjadi tunjang kepada segala inisiatif kerajaan, memastikan Malaysia terus maju, makmur dan rakyatnya hidup dalam suasana harmoni, saling menyokong serta menghargai kepelbagaian budaya.

Logo & Maksudnya

Logo Hari Kebangsaan 2025 kekal menggunakan logo rasmi Malaysia MADANI yang diperkenalkan sebelum ini dan akan digunakan sehingga tahun 2027. 

Logo ini mempunyai reka bentuk yang unik dan simbolik menggambarkan nilai dan semangat tema sambutan iaitu “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.

Logo Hari Kemerdekaan 2025 Logo Hari Kemerdekaan 2025
Logo Hari Kemerdekaan 2025

Maksud dan Simbolik Logo Malaysia MADANI 2025:

  • Tangan yang Diangkat: Melambangkan lafaz ikrar Rukun Negara yang menjadi asas perpaduan dan identiti kebangsaan Malaysia.
  • Jalur-jalur Merah Putih pada Tangan (5 jari): Simbolisme kepada Rukun Negara; ia mewakili lima prinsip utama negara.
  • Bulatan Berwarna Biru: Menunjukkan kebulatan pendapat, muafakat dan perpaduan antara rakyat Malaysia.
  • Bulan Sabit: Lambang Islam sebagai agama Persekutuan dan menghormati kepelbagaian agama di Malaysia.
  • Bintang Berbucu 14: Melambangkan perpaduan 13 negeri Malaysia dan Wilayah Persekutuan.
  • Warna-warna Asas Jalur Gemilang:
    • Biru mewakili kesatuan nasional dan persaudaraan.
    • Merah melambangkan keberanian, jati diri, dan keazaman rakyat.
    • Kuning menggambarkan nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan.
    • Putih melambangkan keluhuran budi dan kesucian hati.

Logo ini mesti digunakan secara konsisten pada semua bahan promosi, tanpa sebarang pengubahsuaian warna atau rekaan, bagi menjaga integriti visual negara.

Sambutan Hari Kebangsaan 2025Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Penjelasan Tema & Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025

BACA JUGA: Logo & Tema Hari Kebangsaan 2025 / Hari Malaysia

Tarikh & Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2025

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan berlangsung pada 31 Ogos 2025 (Ahad) bertempat di Dataran Putrajaya, Putrajaya sebagai lokasi utama peringkat kebangsaan.

Acara akan bermula seawal jam 7:00 pagi hingga tengah hari. Terdapat pelbagai program termasuk perarakan, persembahan kebudayaan dan upacara rasmi negara.

  • Tarikh: 31 Ogos 2025 (Ahad) 
  • Lokasi: Dataran Putrajaya, Putrajaya
  • Jam: Bermula pukul 7 pagi

Selain di Putrajaya, sambutan turut diadakan serentak di negeri-negeri seluruh Malaysia dengan pelbagai pengisian bersifat lokal bagi menyemarakkan semangat patriotisme di setiap komuniti.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan/Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-68 tahun pada tahun ini, 2025.

Siaran Langsung Hari Kemerdekaan Malaysia 2025

Anda boleh menonton siaran langsung Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di beberapa saluran utama seperti berikut:

  • RTM: Siaran langsung perbarisan & perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2025 bermula jam 7:30 pagi di saluran Berita RTM.
  • TV3: Saluran ini akan menyiarkan program dan temu bual berkaitan Hari Kebangsaan secara langsung pada hari yang sama.
  • Facebook Live: Anda boleh tonton secara online di laman Facebook rasmi RTM, TV3, atau Ai FM (facebook.com/aifm.malaysia) untuk liputan lebih interaktif.
  • Radio: Temu bual dan liputan secara langsung turut disiarkan di stesen radio seperti Ai FM (89.3 FM).

Siaran ini boleh diakses menerusi televisyen, radio, dan juga secara penstriman atas talian untuk keselesaan penonton di mana sahaja anda berada.

Aturcara Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 bakal diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025, Ahad. Rujuk aturcara program di bawah:

7:00 pagi: Ketibaan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025

7:10 pagi: Ketibaan YB Menteri Komunikasi selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025

7:15 pagi: Ketibaan tetamu kehormat

7:40 pagi: Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri II beserta isteri

7:45 pagi: Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri I dan isteri

7:50 pagi: Ketibaan YAB Perdana Menteri dan isteri

8:00 pagi: Ketibaan rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

  • Upacara hormat diraja dengan nyanyian lagu “Negaraku” oleh Kawalan Kehormatan Utama (KKU)
  • Lintas hormat oleh Unit Helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
  • Penyambutan rasmi dengan bacaan Ikrar Rukun Negara dan upacara menaikkan Jalur Gemilang yang diiringi tembakan meriam sebanyak 14 das
  • Perbarisan kontinjen dan perarakan aset kebangsaan
  • Persembahan lintas udara khas
  • Persembahan tematik bertajuk MADANI

10:00 pagi: Keberangkatan balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong

  • YAB Perdana Menteri dan isteri, bersama YAB Timbalan-Timbalan Perdana Menteri dan isteri serta tetamu kehormat mula meninggalkan majlis
  • Majlis berakhir dan bersurai

Kemudahan Disediakan

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, pelbagai kemudahan telah disediakan untuk keselesaan kira-kira 100,000 pengunjung yang dijangka hadir. Antara kemudahan utama termasuk:

  • 8,000 tempat duduk bertingkat yang akan dibuka seawal 5 pagi pada hari acara.
  • 15,000 tempat letak kereta disediakan untuk kemudahan orang ramai.
  • 200 tandas bergerak yang mudah diakses sepanjang kawasan sambutan.
  • 5 surau sementara dan 2 surau bergerak untuk kemudahan beribadat.
  • 18 khemah perubatan disediakan untuk kecemasan dan bantuan kesihatan.
  • 60 trak makanan bagi menampung keperluan makan-minum pengunjung.
  • 14 skrin LED dipasang sepanjang laluan perbarisan sejauh 2.1 kilometer untuk memudahkan tontonan.
  • Pengangkutan percuma disediakan termasuk 80 bas ulang-alik, bermula seawal 4 pagi dari tiga lokasi utama: Putrajaya Sentral, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dan sekitar Bulatan Putrajaya.
  • 6 teksi air dan 3 Cruise Tasik Putrajaya turut disediakan untuk kemudahan pengunjung bergerak di sekitar Putrajaya.
Kemudahan Disediakan Sambutan Hari Kebangsaan Kemudahan Disediakan Sambutan Hari Kebangsaan
Kemudahan Disediakan

Kemudahan Perkhidmatan Teksi Air & Cruise

Kemudahan perkhidmatan teksi air pada 30 Ogos 2025 dibuka bermula 8 malam sehingga 1 pagi dengan 3 pilihan laluan iaitu:

  • Laluan 1: Jeti Taman Botani ke Jeti Monumen
  • Laluan 2: Jeti Ayer@8 ke Jeti Monumen
  • Laluan 3: Jeti Marina ke ke Jeti Monumen
Sambutan Hari Kebangsaan 2025Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Kemudahan Perkhidmatan Teksi Air & Cruise

Pada 31 Ogos 2025 pula, kemudahan perkhidmatan teksi air dibuka bermula 5 pagi sehingga 2 petang dengan kekerapan 10-15 minit dari:

  • Jeti Ayer@8, Presint 8 ke Jeti Monumen, Presint 2
  • Jeti Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 ke Jeti Monumen, Presint 2

Manakala cruise pula dengan kekerapan 20 minit, bermula dari:

  • Jeti Marina, Presint 5 ke Jeti Anjung Florida, Presint 4
Hari Kemerdekaan 2025Hari Kemerdekaan 2025
Kemudahan Perkhidmatan Teksi Air & Cruise

Semua perkhidmatan adalah PERCUMA!!

Kemudahan Pengangkutan Awam – Shuttle Bus Percuma

Kemudahan bas percuma turut disediakan di tiga lokasi utama (pickup point) iaitu:

Pick Up Point Drop Off Point
Putrajaya Sentral, Presint 7 Tapak Pasar Tani Lama
Putrajaya International Convention Centre, Presint 5 Gas District Cooling (GDC)
Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS), Persint 1 I-Centre, Dataran Putra

Perkhidmatan bas ini disediakan bermula 26 Ogos 2025 sehingga 31 Ogos 2025. Rujuk jadual operasi bas sedia ada.

Kemudahan Pengangkutan Awam Sambutan Hari KebangsaanKemudahan Pengangkutan Awam Sambutan Hari Kebangsaan
Kemudahan Pengangkutan Awam

Lot Parkir Kenderaan Awam

Terdapt 6 lokasi lot parkir kenderaan awam percuma disediakan pada 31 Ogos 2025 sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025. Anda boleh rujuk lokasi lot parkir yang disediakan di bawah:

Sambutan Hari Kebangsaan 2025Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Lot Parkir disediakan

Program Sisipan Hari Kebangsaan 2025

21 Julai – 16 September 2025

Kempen Bersama Malaysiaku
Dilaksanakan di seluruh negara sebagai kempen memperkukuhkan semangat kebangsaan dan perpaduan.

15 Ogos – 16 September 2025

Jualan Rahmah Madani Merdeka
Diadakan di seluruh negara, memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati jualan harga berpatutan sempena sambutan kemerdekaan.

30 Ogos 2025

Quran Hour
Bermula 12 tengah hari hingga 1 petang di Masjid Negara, Kuala Lumpur, sebagai satu usaha memperingati nilai keagamaan dalam semangat kemerdekaan.

Ambang Merdeka
Dari jam 5 petang hingga 12:15 tengah malam di Jalan Raja, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Menghimpunkan rakyat dengan pelbagai aktiviti sambutan awal.

Kira Detik Merdeka
Diadakan dari 11:55 malam hingga 12 tengah malam di Tapak Parkir Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya sebagai detik kemuncak sambutan.

30 – 31 Ogos 2025

RIUH Merdeka
Aktiviti sepanjang hari dari 12 tengah hari hingga 6 petang di Tapak Parkir Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. Menampilkan pameran seni, budaya dan kreativiti.

31 Ogos 2025

Tayangan Filem Terbuka @ RIHU Merdeka
Dari jam 2 pagi hingga 6 pagi di Tapak Parkir Monumen Alaf Baru, Presint 2, sebagai penjagaan semangat patriotik melalui media visual.

16 September 2025

Majlis Mengenang Negarawan Tun Abdullah Ahmad Badawi
Bermula 9 pagi hingga 5 petang di Bertam Resort and Water Park, Kepala Batas, Pulau Pinang. Majlis khas memperingati jasa Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai negarawan negara.

Program Sisipan Hari Kebangsaan 2025Program Sisipan Hari Kebangsaan 2025
Program Sisipan Hari Kebangsaan 2025

Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2025

Sesi raptai bagi Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut pada 27 hingga 29 Ogos 2025 di Dataran Putrajaya.

Tiga hari raptai ini termasuk dua raptai awal pada 27 dan 28 Ogos, diikuti dengan raptai penuh pada 29 Ogos yang dijadual bermula dari pukul 6:30 pagi hingga 12 tengah hari.

Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2025Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2025

Raptai penuh ini adalah persiapan akhir bagi memastikan segala acara utama pada hari sambutan 31 Ogos berjalan dengan lancar dan sempurna.

Penutupan Jalan Sambutan Hari Kebangsaan 2025Penutupan Jalan Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Penutupan Jalan Sambutan Hari Kebangsaan 2025

Sebagai persediaan, sebanyak 14 jalan utama di sekitar Putrajaya akan ditutup sementara setiap hari dari 6 pagi hingga 12 tengah hari sepanjang tempoh raptai berlangsung untuk memberi laluan dan ruang yang mencukupi bagi latihan dan pergerakan kontinjen serta petugas sambutan.

Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan yang ke-68 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2024 ini.

Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir! Jumpa anda di sana!!!

Penutupan Jalan

Penutupan jalan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan bermula pada 13 Ogos 2025 (Rabu) sehingga 20 Ogos 2025 (Rabu). 

Penutupan jalan melibatkan persimpangan Jalan Pembangunan ke persimpangan Jalan Kemerdekaan, Presint 3.

Sehubungan itu, laluan menuju ke PICC akan ditutup sepenuhnya kepada semua pengguna jalan raya manakala laluan menuju ke Masjid Putra pula akan ditutup bermula jam 6.00 petang sehingga 12.00 tengah malam.

Pengguna jalan raya diminta untuk menggunakan laluan alternatif dan rancang perjalanan ke destinasi yang dituju.

Pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan dimohon untuk berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan serta kakitangan yang bertugas untuk perjalanan yang lancar dan selamat.

Sambutan Hari Kebangsaan 2025Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Penutupan Jalan Persiaran Perdana

Apa yang Menarik Sepanjang Bulan Kemerdekaan 2025?

1. OLE-OLE KHAS RAPID KL

Untuk pengetahuan semua, anda boleh dapatkan ole-ole khas di stesen dan hab bas yang terpilih sempena Bulan Kemerdekaan 2025. Sila rujuk tarikh, masa dan lokasi di bawah:

Sambutan Hari Kebangsaan 2025Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Ole-ole Rapid KL

2. PROMOSI PEMERIKSAAN KESIHATAN PATHLAB

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi pemeriksaan percuma oleh Pathlab bermula 16 Ogos sehingga 30 Ogos 2025.

Sambutan Hari Kebangsaan 2025Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Pemeriksaan Kesihatan Merdeka

3. PROMOSI MERDEKA 199 – Nu’della Islamic Spa

(Nu’della Islamic Spa Seksyen 4 Tambahan Bangi):

PAKEJ 1:
– INAI Rambut organik + URUT Spa Tradisional hanya RM199 sahaja

PAKEJ 2:
– INAI Rambut organik + FACIAL Bright Glow/ Mutiara Madu/ White Lifting Aloe Vera hanya RM199 sahaja

PAKEJ 3:
– URUT Spa Tradisional + FACIAL Bright Glow/ Mutiara Madu/ White Lifting Aloe Vera hanya RM199 sahaja

PERCUMA: Totok Wajah plus free gift eksklusif bernilai RM79.

Sambutan Hari Kebangsaan 2025Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Promosi Spa Merdeka

4. PERTANDINGAN NYANYIAN MERDEKA – AEON

  • 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 𝟯𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂)
  • 𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶: 𝗔𝗲𝗼𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗹 𝗡𝗶𝗹𝗮𝗶
  • 𝗠𝗮𝘀𝗮: 𝟮:𝟬𝟬 𝗣𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴

𝗛𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸

  • Hadiah Pertama RM500
  • Hadiah Kedua RM300
  • Hadiah Ketiga RM200
Sambutan Hari Kebangsaan 2025Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Pertandingan Nyayian Merdeka

Maklumat Lanjut

Rancang kunjungan anda ke Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025 untuk menyaksikan kemeriahan dan menyemai semangat patriotisme bersama-sama.

Untuk lebih maklumat, layari portal Merdeka360, laman rasmi Jabatan Penerangan, serta portal-portal komuniti setempat bagi jadual dan aktiviti terkini.

Laman web rasmi: www.merdeka360.my

Baca juga:

Soalan Lazim – Sambutan Hari Kebangsaan 2025

1. Di mana lokasi Sambutan Hari Kemerdekaan 2025?

Sambutan Hari Kemerdekaan 2025 akan berlangsung pada 31 Ogos 2025 (Ahad) bertempat di Dataran Putrajaya, Putrajaya.

2. Apa tema Sambutan Hari Kebangsaan 2025?

Tema rasmi sambutan untuk tahun ini adalah “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, yang mencerminkan komitmen kerajaan untuk meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan dalam pembangunan negara.

3. Dimanakah lokasi utama perarakan Hari Kebangsaan 2025?

Perarakan utama akan diadakan di Dataran Putrajaya, Putrajaya.

4. Adakah logo Hari Kebangsaan 2025 berbeza daripada tahun sebelumnya?

Logo rasmi yang digunakan adalah logo ‘Malaysia MADANI’ yang dikekalkan sehingga tahun 2027 bagi mengekalkan konsistensi tema dan identiti.

5. Apakah aktiviti utama sepanjang bulan sambutan?

Selain acara kemuncak, pelbagai aktiviti seperti kempen Kibar Jalur Gemilang, perbarisan, pertandingan patriotik, pameran seni dan budaya akan diadakan di seluruh negara sepanjang bulan Ogos hingga September.

6. Bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sambutan Hari Kemerdekaan 2025?

Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi seperti Merdeka360 dan Jabatan Penerangan Malaysia, atau mengikuti media sosial rasmi sambutan untuk berita dan pengumuman terkini.

7. Apakah tarikh rasmi sambutan Hari Kebangsaan 2025?

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan diadakan pada 31 Ogos 2025 (Ahad) dengan lokasi utama di Dataran Putrajaya.

8. Tahun ini, sambutan Hari Kemerdekaan yang ke berapa?

Tahun 2025 menandakan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-68. Ini bermakna Malaysia telah mencapai usia 68 tahun sejak merdeka pada 31 Ogos 1957.





law

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *