Matriks Pembelajaran Tahun 4: Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sekarang

Matriks Pembelajaran Tahun 4 ialah sistem penilaian baharu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang akan mula dilaksanakan pada Oktober 2026. Ia dikendalikan secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan melibatkan empat mata pelajaran teras: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Pendekatan ini diperkenalkan bagi mengesan tahap penguasaan murid lebih awal, membolehkan intervensi segera dilakukan, serta menyokong aspirasi Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027).

Apa itu Matriks Pembelajaran Tahun 4?

Matriks Pembelajaran Tahun 4 ialah satu instrumen pentaksiran diagnostik yang bertujuan menilai tahap sebenar penguasaan murid dalam pembelajaran, bukan sekadar memberi gred atau kedudukan.

Ia berfungsi sebagai:

  • “Diagnostic checkpoint” untuk guru
  • Alat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid
  • Panduan intervensi pengajaran yang lebih tepat

Berbeza dengan peperiksaan tradisional, sistem ini tidak fokus kepada ranking, tetapi kepada perkembangan pembelajaran murid (student learning development).

Kredit: TikTok @buletintv9

Bilakah Matriks Pembelajaran Tahun 4 Dilaksanakan?

Tarikh pelaksanaan Pentaksiran Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) akan berlangsung adalah dari 6 hingga 8 Oktober 2026.

  • Tempoh Ujian: Berlangsung selama 3 hari (Selasa hingga Khamis).
  • Dilaksanakan di seluruh Malaysia
  • Dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP)

Pentaksiran ini dibuat sebelum tamat sesi persekolahan dan hasilnya akan digunakan untuk merancang intervensi pada Tahun 5 dan Tahun 6.

Bilakah Matriks Pembelajaran Tahun 4 Dilaksanakan?
Kredit: Anom Nazarudin

Mata Pelajaran Terlibat

Empat subjek teras yang dinilai:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains

(Nota: Bahasa Cina & Bahasa Tamil terlibat bagi sekolah jenis kebangsaan)

Apa Yang Dinilai Dalam Matriks Ini?

Pentaksiran ini tidak hanya melihat markah semata-mata, tetapi menilai kemahiran sebenar murid.

Antara komponen utama:

1. Bahasa (BM & BI)

  • Kefahaman bacaan
  • Penulisan berstruktur

2. Matematik

  • Pemahaman konsep numerasi
  • Penyelesaian masalah

3. Sains

  • Kemahiran saintifik
  • Pemikiran inkuiri

Selain itu, data yang diperoleh:

  • Digunakan sebagai diagnosis akademik murid
  • Bukan sekadar angka atau gred

Format Pentaksiran dan Contoh Item Subjek Bahasa Melayu

Rujuk Format Pentaksiran dan Contoh Item subjek Bahasa Melayu yang dikongsikan oleh teacher Cikgu Lo di bawah:

Format Pentaksiran dan Contoh Item Subjek Bahasa MelayuFormat Pentaksiran dan Contoh Item Subjek Bahasa Melayu

Format Pentaksiran dan Contoh Item Subjek Bahasa Inggeris

Rujuk Format Pentaksiran dan Contoh Item Bahasa Inggeris yang dikongsikan oleh teacher Fiera Hakim di bawah:

Format Pentaksiran dan Contoh Item Bahasa InggerisFormat Pentaksiran dan Contoh Item Bahasa Inggeris

Format Pentaksiran dan Contoh Item Subjek Sains

Rujuk Format Pentaksiran dan Contoh Item untuk subjek Sains yang dikongsikan oleh cikguyus29 di bawah:

Format Pentaksiran dan Contoh Item SainsFormat Pentaksiran dan Contoh Item Sains

Format Pentaksiran dan Contoh Item Subjek Matematik

Rujuk Format Pentaksiran dan Contoh Item subjek Matematik yang dikongsikan oleh teacher Cikgu Lo di bawah:

Format Pentaksiran dan Contoh Item Subjek MatematikFormat Pentaksiran dan Contoh Item Subjek Matematik

Tujuan Matriks Pembelajaran Tahun 4

Pelaksanaan ini membawa perubahan besar dalam sistem pendidikan. Fokus utamanya bukan lagi peperiksaan akhir, tetapi perkembangan murid.

Antara tujuan utama:

  • Mengesan kelemahan murid lebih awal
  • Membolehkan intervensi segera dilakukan
  • Mengukuhkan asas literasi dan numerasi
  • Menyokong Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027)
  • Mengalihkan fokus daripada “exam-oriented” kepada “learning-oriented”

Pendekatan ini juga selari dengan konsep: Assessment for Learning (pentaksiran untuk pembelajaran)

Kenapa Dilaksanakan di Tahun 4?

Ramai tertanya kenapa bukan Tahun 6 seperti UPSR dulu. Jawapannya berkait dengan masa untuk pemulihan.

Jika dibuat di Tahun 4:

  • Ada masa 2 tahun untuk intervensi (Tahun 5 & 6)
  • Guru boleh baiki kelemahan lebih awal
  • Murid lebih bersedia sebelum ke sekolah menengah

Jika tunggu Tahun 6:

  • Sudah terlalu lewat
  • Fokus hanya kepada keputusan akhir
  • Tiada ruang untuk pemulihan asas

Sebab itu Tahun 4 dianggap sebagai fasa peralihan kritikal dalam pendidikan rendah.

Kelebihan Matriks Pembelajaran Tahun 4

Pelaksanaan ini memberi banyak manfaat:

1. Intervensi Awal

Guru boleh:

  • Kenal pasti kelemahan murid lebih cepat
  • Susun strategi pemulihan yang tepat

2. Kurangkan Jurang Pendidikan

  • Membantu murid yang ketinggalan
  • Memberi sokongan ikut keperluan individu

3. Selaras Piawaian Antarabangsa

  • Seiring dengan standard seperti TIMSS, PISA, SEA-PLM
  • Fokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS)

4. Fokus Perkembangan, Bukan Ranking

  • Tiada tekanan kedudukan
  • Penilaian berdasarkan kemajuan

Bentuk Pentaksiran

Instrumen yang digunakan mempunyai ciri berikut:

  • Mengandungi soalan objektif & subjektif
  • Disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP)
  • Digunakan semula untuk tujuan intervensi selepas ujian

Ini bermaksud pentaksiran bukan “one-off exam”, tetapi sebahagian daripada proses pembelajaran.

Kaedah Pelaporan

Keputusan tidak hanya dalam bentuk markah, tetapi lebih kepada analisis pembelajaran.

Pelaporan:

  • Disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP)
  • Dicetak oleh sekolah
  • Menunjukkan:
    • Tahap penguasaan
    • Cadangan intervensi

Perbezaan Dengan UPSR

Aspek Matriks Tahun 4 UPSR
Fokus Diagnostik & perkembangan Keputusan & ranking
Masa Tahun 4 Tahun 6
Intervensi Ada (2 tahun) Tiada
Tujuan Baiki pembelajaran Penilaian akhir
Ringkasnya:
Matriks = bantu murid berkembang
UPSR = nilai keputusan akhir

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035, sila layari portal rasmi KPM di pautan berikut: 

Ikuti juga Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan instagram KPM untuk info semasa dunia pendidikan. 

Dokumen Ringkasan Eksekutif Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035. Muat Turun melalui  imbas melalui QR Code di bawah.

Soalan Lazim Matriks Pembelajaran Tahun 4

1. Apakah itu Matriks Pembelajaran Tahun 4?

Matriks Pembelajaran ialah satu penilaian kebangsaan untuk melihat tahap sebenar penguasaan murid dalam kemahiran teras pembelajaran. Ia membantu guru dan sekolah mengenal pasti keperluan murid supaya sokongan dapat diberikan lebih awal dan bersasar.

2.Bilakah Matriks Pembelajaran Tahun 4 dilaksanakan?

Pelaksanaan bermula pada tahun 2026.

3. Mengapakah Matriks Pembelajaran Tahun 4 dilaksanakan?

Antara tujuan utama:

– Menilai pencapaian murid dalam literasi dan numerasi
– Menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan (RPM 2026–2035) dan kurikulum baharu
– Membolehkan intervensi awal sebelum Tahun 5 dan 6
– Persediaan murid ke sekolah menengah
– Persediaan menghadapi pentaksiran antarabangsa seperti SEA-PLM, TIMSS dan PISA

4. Apakah mata pelajaran yang terlibat?

Mata pelajaran utama:

– Bahasa Melayu
– Bahasa Inggeris
– Sains
– Matematik

Nota: Bahasa Cina dan Bahasa Tamil turut terlibat bagi murid di Sekolah Jenis Kebangsaan.

5. Siapakah yang menyediakan instrumen pentaksiran?

Instrumen pentaksiran dan panduan penskoran disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

6. Adakah matriks ini diadakan dalam tempoh sesi persekolahan?

Tidak. Ia dijalankan sebelum berakhirnya sesi persekolahan tahun semasa.

7. Adakah guru perlu menyediakan ujian akhir khas?

Tidak. Mata pelajaran yang terlibat tidak ditadbir dalam ujian akhir sesi akademik.

8. Apakah bentuk instrumen pentaksiran?

Instrumen mengandungi gabungan:

Item objektif
Item subjektif
(dalam satu kertas)

9. Bagaimanakah kaedah penggredan dilaksanakan?

Penggredan menggunakan penetapan standard, dengan gred berdasarkan julat markah yang sama setiap tahun.

10. Bagaimanakah pengurusan penskoran dilaksanakan?

Penskoran dilakukan secara berperingkat melibatkan:

– Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK)
– Ketua Pentaksir Negeri (KPN)
– Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw)
– Pentaksir Mata Pelajaran (PMP)

11. Siapakah yang menyediakan jadual waktu pelaksanaan?

Jadual waktu disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

12. Adakah pencapaian murid digunakan untuk kemasukan Sekolah Khusus?

Tidak. Kemasukan ke Sekolah Khusus menggunakan kaedah lain seperti Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

13. Apakah status instrumen Matriks Pembelajaran?

Instrumen adalah terbuka dan akan diserahkan kepada murid selepas penskoran untuk tujuan intervensi.

14. Bagaimanakah pelaporan keputusan diberikan?

Slip pelaporan pencapaian murid:

– Dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP)
– Dicetak oleh pihak sekolah

15. Siapakah yang mengawal pelaksanaan matriks di sekolah?

Pelaksanaan dikendalikan oleh:

– Ketua Pengawas Pentaksiran sekolah
– Pengawas Pentaksiran dari sekolah lain

Matriks Pembelajaran Tahun 4Matriks Pembelajaran Tahun 4
Matriks Pembelajaran Tahun 4Matriks Pembelajaran Tahun 4
Matriks Pembelajaran Tahun 4Matriks Pembelajaran Tahun 4

Baca juga:

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *