Penerima STR 2026 akan menerima bantuan SARA 2026 berjumlah RM100-RM200 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026). Bantuan SARA RM100 (one-off) juga akan diagihkan pada pertengahan Februari 2026 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dan disalurkan terus ke MyKad penerima (bukan ke akaun bank). Semak kelayakan SARA 2026 sekarang melalui Portal MyKasih ( , Portal SARA atau Portal MySTR ().

Pengumuman Terkini
PENGUMUMAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1, SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) DAN SARA UNTUK SEMUA 2026.
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan telah mengumumkan bantuan untuk rakyat Malaysia dalam Perutusan Tahun Baharu 2026:
- SARA bulanan sehingga RM200 akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad penerima mulai 9 Januari 2026.
- Pembayaran STR Fasa 1 sehingga RM500 akan mula dikreditkan bermula 20 Januari 2026.
- Seramai 22 juta rakyat Malaysia akan menerima RM100 melalui MyKad yang akan dikreditkan mulai 9 Februari 2026, bagi meringankan kos menjelang persiapan Ramadan dan Tahun Baharu Cina.
Kerajaan MADANI kekal komited memastikan bantuan disalurkan secara bersasar demi kesejahteraan rakyat.




Sumber: Kementerian Kewangan
Pengenalan Sumbangan Asas Rahmah 2026 (SARA 2026)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif bantuan kerajaan yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia berpendapatan rendah.
Ia merupakan bantuan tanpa tunai (cashless) yang disalurkan terus ke MyKad penerima, membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara tanpa perlu menerima wang tunai secara fizikal.
Penerima SARA 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
Pemohon STR 2026 berstatus Lulus yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2026 berjumlah RM100-RM200 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026).
Manakala kadar untuk semua pemohon STR 2026 yang berstatus Lulus kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan selain eKasih layak RM50-RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026)
Bantuan ini boleh digunakan di lebih 4,100 kedai rakan niaga MyKasih di seluruh Malaysia termasuk pasar raya besar seperti Giant, Mydin, dan HeroMarket, serta kedai runcit tempatan seperti kedai Pak Mat di hujung jalan.
Secara keseluruhan, penerima SARA boleh membeli daripada 90,000 jenis barangan dalam 14 kategori asas, termasuk roti, susu, lampin pakai buang, sabun mandi, ubat seperti Panadol, alat tulis, dan pelbagai lagi keperluan isi rumah.
Syarat Permohonan
Kelayakan SARA 2026 adalah terhad kepada:
1. SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.
2. SARA STR 2026
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih dengan ketetapan seperti berikut
- Data eKasih 31 Oktober 2025 (layak SARA 2026 mulai Fasa 1)
- Data eKasih 31 Januari 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 2)
- Data eKasih 31 Julai 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 3)
- Data eKasih 31 Oktober 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 4)
Bantuan SARA 2026 One-Off untuk Semua
Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri telah mengumumkan satu berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia RM100 Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira status penerima STR.
Ini bermaksud semua individu dewasa layak menerima bantuan ini, bukan hanya golongan B40 semata-mata.
Bayaran RM100 ini akan disalurkan secara one-off pada 9 Februari 2026 sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap rakyat yang terus menyokong usaha pemulihan ekonomi negara.


Berbeza dengan bantuan tunai biasa, SARA diberikan dalam bentuk bantuan tanpa tunai (cashless) yang dimuatkan terus ke dalam MyKad penerima.
Kredit tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai berdaftar bawah program MyKasih di seluruh negara termasuk pasar raya besar seperti Mydin, Giant, HeroMarket, serta kedai runcit tempatan.
Antara barangan yang boleh dibeli termasuk beras, minyak masak, telur, tepung, sayur, ayam, ikan, susu, lampin pakai buang, sabun mandi, roti, dan ubat-ubatan asas seperti Panadol — meliputi 90,000 jenis barangan daripada 14 kategori utama.
Untuk memudahkan rakyat, semakan status kelayakan SARA 2026 boleh dibuat menerusi laman rasmi:
Kadar Bantuan SARA 2026 (Bantuan Bulanan)
Bagi tahun 2026, kerajaan mengekalkan komitmen untuk membantu rakyat melalui penstrukturan semula kadar SARA dengan bayaran yang lebih tersasar dan adil mengikut kategori penerima.
1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Semua penerima STR akan menerima RM100 sebulan dalam bentuk kredit SARA, menjadikan jumlah tahunan sebanyak RM1,200.
2. Golongan Miskin Tegar (e-Kasih)
Penerima yang tersenarai di bawah pangkalan data e-Kasih layak menerima RM200 sebulan, atau RM2,400 setahun, melalui bantuan SARA. Ini merupakan peningkatan RM1,200 setahun berbanding tahun sebelumnya.
3. Individu Bujang (tidak menerima STR)
Bagi individu bujang yang tidak lagi layak menerima STR, mereka akan menerima RM50 sebulan dalam bentuk SARA, bersamaan RM600 setahun.
4. Isi Rumah Berpendapatan Rendah (RM2,500 ke bawah)
Isi rumah dengan pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan serta mempunyai lima anak atau lebih boleh menerima jumlah bantuan keseluruhan sehingga RM4,600 setahun, hasil gabungan STR dan SARA.
5. Warga Emas Bujang (60 tahun ke atas)
Kadar STR untuk warga emas bujang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan dikekalkan pada RM600 setahun, manakala bantuan SARA mereka dinaikkan daripada RM450 kepada RM600 setahun.
6. Bujang bawah 60 tahun
Bagi golongan ini, STR akan digantikan dengan SARA bernilai RM600 setahun (RM50 sebulan).
7. Bantuan Penghargaan SARA (One-Off)
Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, termasuk bukan penerima STR, akan menerima RM100 secara one-off pada bulan Februari sahaja sebagai penghargaan khas SARA 2026.


Tarikh Bayaran SARA 2026
Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad mereka untuk membeli barang
keperluan asas terpilih.
Bantuan bulanan SARA ini akan dikreditkan mulai 9 Januari 2026.


Pembayaran kepada penerima SARA 2026 adalah seperti jadual berikut:


Isi Rumah
| Bulan | Miskin / Tegar Miskin | Selain Miskin / Tegar Miskin |
|---|---|---|
| Januari 2026 | RM200 | RM100 |
| Februari 2026 | RM200 | RM100 |
| Mac 2026 | RM200 | RM100 |
| April 2026 | RM200 | RM100 |
| Mei 2026 | RM200 | RM100 |
| Jun 2026 | RM200 | RM100 |
| Julai 2026 | RM200 | RM100 |
| Ogos 2026 | RM200 | RM100 |
| September 2026 | RM200 | RM100 |
| Oktober 2026 | RM200 | RM100 |
| November 2026 | RM200 | RM100 |
| Disember 2026 | RM200 | RM100 |
| Jumlah | RM2,400 | RM1,200 |
Warga Emas Tiada Pasangan
| Bulan | Miskin / Tegar Miskin | Selain Miskin / Tegar Miskin |
|---|---|---|
| Januari 2026 | RM150 | RM50 |
| Februari 2026 | RM150 | RM50 |
| Mac 2026 | RM150 | RM50 |
| April 2026 | RM150 | RM50 |
| Mei 2026 | RM150 | RM50 |
| Jun 2026 | RM150 | RM50 |
| Julai 2026 | RM150 | RM50 |
| Ogos 2026 | RM150 | RM50 |
| September 2026 | RM150 | RM50 |
| Oktober 2026 | RM150 | RM50 |
| November 2026 | RM150 | RM50 |
| Disember 2026 | RM150 | RM50 |
| Jumlah | RM1,800 | RM600 |
Bujang
| Bulan | Miskin / Tegar Miskin | Selain Miskin / Tegar Miskin |
|---|---|---|
| Januari 2026 | RM100 | RM50 |
| Februari 2026 | RM100 | RM50 |
| Mac 2026 | RM100 | RM50 |
| April 2026 | RM100 | RM50 |
| Mei 2026 | RM100 | RM50 |
| Jun 2026 | RM100 | RM50 |
| Julai 2026 | RM100 | RM50 |
| Ogos 2026 | RM100 | RM50 |
| September 2026 | RM100 | RM50 |
| Oktober 2026 | RM100 | RM50 |
| November 2026 | RM100 | RM50 |
| Disember 2026 | RM100 | RM50 |
| Jumlah | RM1,200 | RM600 |
Cara Semak SARA 2026
Anda boleh buat semakan kelayakan SARA 2026 melalui dua kaedah iaitu:
1. Portal Rasmi STR
- Layari laman semakan rasmi MyKasih di
- Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang.
- Klik “Semak Status” untuk melihat kelayakan, baki bantuan dan senarai kedai berdaftar
2. Portal Rasmi MyKasih
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut:
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
Cara Menggunakan SARA 2026
Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 yang dikreditkan ke MyKad penerima:
1. Pilih Barangan Keperluan
Pilih barangan asas yang ingin dibeli berdasarkan 14 kategori yang diluluskan SARA, seperti beras, minyak masak, telur, tepung, roti, makanan dalam tin, minuman, produk penjagaan diri, keperluan sekolah, ubat-ubatan, bahan perasa, biskut, mi segera, dan barangan kebersihan rumah. Pastikan barangan tersebut mempunyai label SARA di rak tanda harga.
2. Tunjukkan MyKad di Kaunter
Semasa pembayaran, serahkan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan status penerima SARA.
3. Imbas Kod Barangan
Juruwang akan imbas setiap item yang anda pilih untuk memastikan ia termasuk dalam kategori barangan yang dibenarkan di bawah program SARA.
4. Bayar Menggunakan MyKad
Selepas semua barangan diimbas, pembayaran dibuat menggunakan MyKad jumlah pembelian akan ditolak secara automatik daripada kredit SARA yang tersedia.
5. Simpan Resit Pembelian
Pastikan anda menyimpan resit bagi tujuan semakan atau rujukan transaksi pembelian di kemudian hari.






PANDUAN TUTORIAL VIDEO BELI BARANG SARA MENGGUNAKAN MYKAD
Senarai Kedai
Anda boleh rujuk senarai kedai yang berdaftar di bawah Program SARA di setiap negeri melalui senarai berikut: Kedai MyKasih Setiap Negeri 2025 (Senarai Lengkap)
Muat Turun Aplikasi MyKasih
Untuk lebih mudah, anda boleh memuat turun aplikasi MyKasih di Google Play atau Apple App Store secara percuma bagi memudahkan penerima SARA 2025 membuat semakan baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, dan kedai terdekat untuk membuat pembelian.


Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkenaan SARA bagi penerima dari negeri Semenanjung Malaysia boleh didapati di:
Anda boleh rujuk senarai kedai yang berdaftar di bawah Program SARA di setiap negeri melalui senarai berikut: Kedai MyKasih Setiap Negeri 2025 (Senarai Lengkap)
Soalan Lazim Sumbangan Asas Rahmah 2026
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di bawah:
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Kelayakan SARA 2026 adalah terhad kepada:
SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
i. Warganegara Malaysia; dan
ii. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan
Warga Emas Tiada Pasangan; dan
iii. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data
eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,
JPM) sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.
SARA STR 2026
i. Warganegara Malaysia; dan
ii. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan
Warga Emas Tiada Pasangan.
Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR
yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih dengan ketetapan seperti berikut:
i. Data eKasih 31 Oktober 2025 (layak SARA 2026 mulai Fasa 1)
ii. Data eKasih 31 Januari 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 2)
iii. Data eKasih 31 Julai 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 3)
iv. Data eKasih 31 Oktober 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 4)
Tidak. Kelayakan SARA 2026 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar
dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.
SARA 2025 turut diperluas kepada semua penerima STR 2026 kategori Isi Rumah,
Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Kelayakan amaun SARA 2026 adalah seperti berikut:
Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad mereka untuk membeli barang
keperluan asas terpilih.
Pembayaran kepada penerima SARA 2026 adalah seperti jadual berikut:
1. Pilih barangan asas dalam 14 kategori dibenarkan (beras, minyak masak, telur, tepung, sayur, susu, dan lain-lain).
2. Tunjukkan MyKad di kaunter pembayaran.
3. Juruwang akan imbas barangan yang dibenarkan di bawah SARA.
4. Bayaran ditolak terus daripada kredit MyKad penerima.
5. Simpan resit pembelian sebagai rujukan.
Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai rakan niaga MyKasih di seluruh negara seperti Mydin, Giant, HeroMarket, serta kedai runcit tempatan berdaftar.
Terdapat 14 kategori barangan asas termasuk:
beras, minyak masak, tepung, gula, susu, telur, ayam, ikan, sayur, roti, lampin, ubat asas (seperti Panadol), sabun mandi, dan alat tulis.
Tidak. Baki kredit tidak akan luput dalam bulan yang sama dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026.
Penerima perlu buat penggantian MyKad di JPN dan maklumkan kepada MyKasih Foundation untuk kemas kini akaun sebelum kredit diagihkan semula.
Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.


















Baca juga:
News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Cek Ongkir Cargo
Download Film